PERCAYA DIRI

PERCAYA DIRI
BELAJAR DARI KEGAGALAN

Rabu, 25 September 2019

Pengalaman Kerja Di Johor

Selepas mendapat kerja dekat kilang CMP sebagai operator dengan basic gaji RM650 aku mula mengerakkan diri untuk mencari makan sendiri. Semasa kerja di CMP pengalaman yang aku tidak boleh lupakan adalah apabila aku tertumpahkan minyak thinner satu drum. Habis panas satu badan. Selepas itu aku rasa kerja ini sangat teruk dan aku memang tak boleh nak kerja lama dekat sini. Dengan bau cat dan bahan kimia yang kuat, hari-hari aku rasa sakit kepala. So, aku ambil keputusan untuk mencari kerja baru. Aku pun cuba usha-usha kerja lain sekitar pasir gudang. Tengok dalam Jobstreet, walk in interview, drop resume dan telefon.

Di kilang ini, aku dapat seorang kawan yang rapat iaitu Ise. Sebab aku selalu tumpang dia untuk balik kerja kalau abang aku lambat ambil.


Selepas 3 bulan kerja sambil mencari kerja baru, aku pun telah dapat satu kerja baru di kilang Almer Malaysia Sdn Bhd sebagai QA Technician dengan basic gaji RM 900.

bersambung......


Ahad, 18 Ogos 2019

Permulaan Perjalanan Selepas Belajar.

Assalamualaikum... aku menulis disini adalah untuk menyimpan kenangan dan pengalaman yang telah dilalui dari tamat belajar 2012 hinggalah sekarang 2019. Aku menulis sebab aku sangat sayang dan bersyukur dengan apa yang telah aku lalui dalam my life journey.

Lepas tamat belajar akhir 2011 aku pun pulang ke kampung halaman di Hulu Terengganu, Terengganu. Tempat aku belajar di Sintok, Kedah selama 3 tahun aku menimba ilmu demi segulung ijazah.

Semasa di kampung aku berulang alik ke Kuala Berang untuk mengisi jawatan kosong berdasarkan akademik yang aku perolehi. Tapi dari hari ke hari masih belum nampak bayang untuk aku memperolehi kerja. Kebanyakan kerja yang aku minta adalah dalam negeri Terengganu sebab aku dah malas nak merantau ke negeri orang. Namun rezeki ku belum ada masa tu untuk bekerja di Terengganu.

Selepas beberapa bulan duduk makan anggur sehingga keluar bunyi-bunyi yang tidak sedap didengar.
'Belajar tinggi-tinggi pun masuk blok angkat sawit gok', 'Anak aku dok masuk U pn boleh gok kerja', 'Setakat nak kerja kilang, angkat buoh sawit, baik xyah belajar tinggi-tinggi'. Tu la antara kata-kata yang sampai ke telinga dan juga ibu bapaku. Masa tu ada la rasa rendah diri, malu dan geram dengan diri sendiri sebab tak boleh nk buat apa-apa.

Pada tahun 2012, aku ambil keputusan untuk pergi ke Johor rumah sewa abang aku di Pasir Gudang untuk mencuba nasib mencari pekerjaan. Hampir 2-3 minggu juga duk makan tidur dan hantar resume ke kilang-kilang di pasir gudang. Aku hanya boleh gi hantar resume bila ada abang dan kawan abang untuk tumpang ke kilang-kilang. Nasib ada Nuar kawan serumah abg yang baik hati rekemenkan satu kerja di Jalan Emas, kawasan perindustrian Pasir Gudang iaitu kilang CMP (Chugoku Marine Paints).

Selasa, 13 Ogos 2019

Minum Susu Kambing Adalah Sunnah Rasulullah S.A.W.



Minuman susu yang paling digemari oleh Nabi Muhammad SAW ialah susu kambing. Susu kambing adalah makanan semulajadi berkhasiat yang diperlukan untuk kesihatan badan seharian. Ianya sesuai untuk semua lapisan umur. Susu ini boleh diminum panas atau sejuk malah boleh dibuat dadih, ais krim, keju dan mentega. Pada masa sekarang industri kosmetik mengeluarkan berbagai produk berasaskan susu kambing seperti syampu, krim muka, sabun, pewangi dan juga krim pencukur.

Memelihara kambing merupakan sunnah nabi-nabi

Walaupun ada unta, soalnya mengapa para nabi ditarbiyahkan dengan mengembala kambing?

1. Kambing ni suka belah jemaah (berpecah). Kalau dalam satu kumpulan kambing mesti ada seekor yang lari. Jadi, kesabaran pengembala teruji.

2. Kambing suka makan rumput. Tapi kambing tak suka makan dekat padang ragut yang disediakan untuknya. Kambing lebih suka makan tanaman jiran. Maknanya, memelihara kambing memerlukan pengawasan yang maksimum dari tuannya.

3. ”Saya pergi Mekah, saya tengok kambing-kambing ini jilat lumut kat atas batu” kata Dr. Jamnul Azhar. Kambing ini jilat lumut yang kaya dengan khasiat-khasiat pemakanan. Kita tak boleh jilat lumut sebab itu kita cuma minum susu kambing. Nabi S.A.W. meminum segelas susu panas sebelum tidur.

Tidak terkecuali nabi-nabi itu dari mengembala kambing.

Bela kambing mengajar rasa tawaduk

Kenapa tidak unta? Ya la unta kan besar nak dibandingkan dengan kambing. Unta dan kambing diibaratkan kereta Ferrari dan kereta Kancil. Ditakuti jika memelihara unta akan lahir sifat mazmumah seperti sombong, riak dan bangga diri.

Sabda Nabi S.A.W.: "Bela la kambing kerana padanya ada barakah/keberkatan” .

Nabi S.A.W. disusui oleh ibunya Saidatina Aminah. Kemudiaan diserahkan kepada Halamatus Saadiah sebagai ibu susunya yang kedua. Memang menjadi kebiasaan orang Arab menyerahkan anak-anak mereka kepada ibu-ibu di kampung yang baik akhlaknya.

Susu kambing boleh meningkatkan IQ, EQ

Terdapat 40 antibodi dalam susu ibu bagi seorang ibu. Jika 2 orang ibu, maka anak itu akan mendapat 80 antibodi.

”Adik saya, anak dia disusui oleh 2 ibu. Dia tinggal di Jordan. Dan terbukti anak itu lebih cerdas, cergas dan cerdik .”

Susu kambing hampir-hampir sama kandungannya dengan susu ibu. Jadi susu kambing ni boleh jadi susu alternatif kalau ibu tiada susu.

Bagi orang yang minum susu kambing, sama macam menyusu dekat 2 ibu. Dia dapat 80 antibodi. IQ tinggi dan EQ stabil.

Susu ibu + ibu susu (susu awal ibu) = anak hebat.

Perbezaan susu kambing dari Barat, Afrika dan tempat-tempat lain. Mana paling baik?

Seelok-eloknya susu kambing tempatan. Kambing ni akan makan sehari 40 pucuk yang berbeza menghasilkan 40 antibodi.

Susu kambing baik dijadikan sebagai supplement dan BUKAN menggantikan susu ibu.

Kadar lemak, protein dan air dalam susu kambing menyamai kadar lemak, protein dan air yang terdapat dalam susu ibu menjadikan susu kambing mudah dicerna dan menghasilkan susu awal ibu (ibu susu).

Semua peringkat anak-anak boleh minum susu kambing. Tiada masalah. Termasuklah para remaja, dewasa dan golongan ’ranum’.

Susu kambing juga kaya dengan enzim yang diperlukan oleh manusia

Bagi orang dewasa, susu kambing juga baik sebagai pelawas yang dapat mengelakkan penyakit undigestable food (sembelit).

Susu kambing mempunyai kalori yang tinggi.

Ia juga dapat menguatkan tenaga lelaki dan perempuan.

”Perempuan-perempuan yang meragam tu elok diberi minum susu kambing” kata Dr. Jamnul Azhar Mulkan.

Susu kambing tidak akan rosak walaupun dibekukan. Khasiatnya takkan hilang berbanding susu-susu lain, susu lembu contohnya.

Sunnah meminum susu kambing pada setiap hari Selasa dan Jumaat.

”Susu kambing yang fresh (lepas perah minum terus) tak bau hanyir dan sangat sedap, lemak.” kata Ust. Farid Ravi.

”Saya nak bagi petua kalau nak minum susu kambing, masukkan halia sikit, daun palas sikit supaya dia tak bau hanyir” kata Ust. Farid Ravi.

Keistimewaan Susu Kambing

Kaya dengan protein, enzim dan vitamin A. Mengandungi faktor anti-antritis (inflamasi sendi) dan anti barah. Diperakui oleh pakar-pakar kesihatan bahawa susu ini boleh mengubati demam kuning, penyakit kulit, gastrik, lelah (asma), insomnia dan ulser. Mudah dihadam kerana zarah lemaknya lebih kecil. Khasiat susu kambing yang disimpan sejuk atau sejuk beku tidak akan berubah kualitinya.

Khasiat Susu Kambing

Susu kambing paling berkesan dan lebih berkhasiat jika dibandingkan dengan susu lembu. Sepanjang temubual sewaktu lawatan dijalankan oleh pihak Unit Ruminen Kecil pada bulan April hingga Mei 1996, rata-rata penternak serta penggemar susu kambing bersepakat mengatakan susu kambing lebih banyak khasiatnya - dalam menyembuh serta mencegah penyakit "dalaman" antara lain:

a. Penyakit demam kuning.

b. Penyakit lemah jantung.
c. Penyakit darah tinggi/pening-pening.
d. Penyakit sendi-sendi dan buah pinggang.
e. Penyakit batuk kering.
f. Penyakit yang menyerang jantung, limpa dan hati.
g. Penyakit saraf yang dialami bila usia semakin lanjut.
h. Cukup bermanfaat bagi mereka mereka yang mengalami lemah tenaga batin.
i. Sesuai diminum di waktu pagi dan malam sebelum tidur.

Wallahu'alam.

Khamis, 8 Ogos 2019

BERNIAGALAH SEPERTI KAMU SEDANGKAN MEMBERI KESENANGAN, KEGEMBIRAAN, DAN KEBAHAGIAAN KEPADA ORANG LAIN

Mesti kebanyakan orang yang nak mula meniaga dalam kepala mesti fikir nak untung dulu. Sebenarnya orang yang berjaya dalam perniagaan adalah dalam kepala diorang macamana nak bagi kesenangan, kemudahan, kegembiraan, serta kebahagian kepada semua orang. Jadi dari situlah sebenarnya titik tolak sebagai peniaga yang ingin memulakan perniagaan termasuklah diri saya sendiri.

Saya harap korang dapat tip pertama dalam perniagaan daripada saya untuk kali ini. In sha Allah lepas ini saya akan kongsikan tip-tip yang saya akan buat dulu sehingga berjaya. Stay Tuned....Assalamualaikum...

Selasa, 31 Oktober 2017

Solat Sunat Istikharah

Solat ini dilakukan untuk mendapatkan petunjuk, terutama bila seseorang dalam keraguan memutuskan mana yang terbaik diantara dua perkara yang diragukan.

 Jika timbul keraguan dalam hati untuk memilih atau mengambil keputusan dalam sesuatu perkara, contohnya: apakah aku harus menolak atau menerima? Keraguan makin terasa, keputusan tidak dapat dipastikan setelah melihat masing-masing ada kelebihan dan keburukannya.


Oleh yang demikian, hendaklah menyerahkan pada Yang Maha Kuasa untuk memilihnya. Sebelum seseorang mengambil keputusan ia dianjurkan solat istikharah dua rakaat. Dengan mengharapkan agar ditunjukkan Allah untuk mendapatkan pilihan yang terbaik. Jika keraguan masih mempengaruhi fikiran untuk menentukan pilihan, ulangilah solat istikharah dan membaca doanya, walaupun pengulangan sampai 7 kali berturut-turut.


 Selepas itu, bertawakkal kepada Allah, pilihlah salah satu daripadanya, ambillah yang mana arah ‘hati’ lebih cenderung setelah berdoa. Jangan menimbulkan lagi keraguan, yakinlah bahawa itu adalah pilihan terbaik dari yang Maha Kuasa. Jangan merasa kecewa andai ternyata dalam keputusan yang dipilih menimbulkan keinginan yang tidak disukai. Ingatlah bahawa ini adalah yang telah digariskan pada azali yang tidak dapat dielakkan, besar kemungkinan mengandungi hikmah, membawa kebaikan dimasa akan datang, hendaklah tetap mempunyai husnuz-zan kepada Allah.


 Khaifiat Solat Istikharah Tata cara solat istikharah lebih kurang sama dengan solat subuh, Hanya niatnya saja yang berlainan, iaitu berniat solat istikharah. Dilaksanakan sebelum tidur ataupun setelah bangun tidur. Sangat baik dilakukan sesudah lewat tengah malam disaat sunyi, supaya hati lebih khusyuk dalam mengemukakan permohonan kepada Allah. Solat ini sangat peribadi sifatnya. Sebab itu harus dikerjakan sendirian. Solat ini tidak memakai azan atau iqomah.


 Lafaz niat:- “Ushalli Sunnatal Istikharaati Rak’ataini Lillahi Ta’aala” “Sahaja Aku sembahyang sunnat istikharah 2 rakat tunai kerana Allah Ta’ala”


 Rakaat pertama-

Baca surah Al-fatihah dan surah Al-kafirun

 Rakaat kedua-

 Baca surah Al-fatihah dan surah Al-ikhlas


Selepas salam, bacalah doa yang disarankan dalam istikharah. Dalam berdoa sebaiknya menyebutkan permintaan yang ingin diberikan petunjuk oleh Allah s.w.t. misalnya:

 “Ya Allah, jika hal ini….( sebutkan namanya )” Doa istikharah Setelah selesai solat, berdoa seperti yang dianjurkan oleh Rasulullah SAW: “Ya Allah, saya memohonkan pilihan menurut pengetahuanMu dan memohonkan penetapan dengan kesuasaanMu juga saya memohonkan kurniaMu yang besar, sebab sesungguhnya Engkaulah yang Maha Mengetahui dan saya tidak mengetahui apa-apa. Engkau Maha Mengetahui segala yang ghaib. Ya Allah, jikalau di dalam ilmuMu bahawa urusan saya ini……..baik untukku dalam agamaku, kehidupanku serta akibat urusanku, maka takdirkanlah untukku dan mudahkanlah serta berikanlah berkah kepadaku di dalamnya. Sebaliknya jikala di dalam ilmumu bahawa urusan ini buruk untukku, dalam agamaku, kehidupan serta akibat urusanku, maka jauhkanlah hal itu daripadaku dan jauhkanlah aku daripadanya serta takdirkanlah untukku yang baik-baik saja dimana saja adanya, kemudian puaskanlah hatiku dengan takdirMu itu.”



Antara fadhilat Solat Istikharah

Solat Istikharah kebanyakan di kalangan kita hanya terkenangkan ketika hendak memilih jodoh. Ia begitu sinonim sekali dalam membuat keputusan untuk memilih bakal teman hidup tidak kira bagi lelaki atau perempuan. Perkara ini mungkin berlaku kerana penekanan di kalangan sesetengah Ustaz dalam soal istikharah ini dikaitkan dengan memilih jodoh sahaja.

 Sebenarnya amalan Solat Sunat Istikharah ini skopnya lebih luas. Kita kadang-kadang tidak diberikan peringatan dalam soal ini. Sedangkan amalan Solat Istikharah ini sangat-sangat di galakkan oleh Rasulullah sebagaimana disebut dalam hadis yang diriwayatkan oleh Imam Bukhari; Mahfum Hadis: Dari Jabir ra., ia berkata:

“Nabi pernah mengajarkan kepada kami Istikharah dalam berbagai urusan, seperti mengajarkan sebuah surah dalam Al Quran. Kalau seseorang dari kamu menghendaki sesuatu, maka hendaklah ia solat dua rakaat, kemudian berdoa: “Ya Allah! Aku mohon pemilihan Mu menerusi pengetahuan Mu dan aku mohon kekuatan Mu menerusi kudrat Mu serta aku minta pada Mu sebahagian dari limpah kurnia Mu yang sangat besar. Sesungguhnya Engkau amat berkuasa sedangkan aku tidak berkuasa, Engkau amat mengetahui sedangkan aku tidak mengetahui dan sesungguhnya Engkau amat mengetahui segala yang ghaib. Ya Allah kiranya Engkau mengetahui bahawa perkara ini adalah baik bagiku dalam urusan agama ku juga dalam urusan penghidupan ku serta natijah pada urusan ku, kini dan akan datang, maka tetapkan lah ia bagi ku dan permudahkanlah ia untukku, serta berkatilah daku padanya. Dan kiranya Engkau mengetahui bahawa perkara ini membawa kejahatan kepadaku dalam urusan agamaku, juga dalam urusan penghidupanku dan natijah urusanku, kini dan akan datang, maka elakkanlah ia dariku dan tetapkanlah kebaikan untukku sebagaimana sepatutnya, kemudian jadikanlah daku meredhainya.”


BETAPA PENTINGNYA SOLAT ISTIKHARAH INI SEBAGAIMANA PENTINGNYA KITA MEMPELAJARI AL-QURAN. Sebagai satu iktibar dan renungan penulis ingin berkongsi beberapa contoh kisah benar yang berlaku di kalangan sahabat-sahabat yang terlupa mengamalkan solat istikharah. Nama dalam kisah ini bukan nama sebenar.

 Kisah – 1

 Setelah berpindah randah dari satu rumah sewa ke rumah sewa, akhirnya tergerak hati Salim untuk memiliki rumah sendiri. Lalu dia melihat iklan di surat khabar dan berkenan dengan tawaran rumah yang agak munasabah harganya. Rumah tersebut masih belum dibina lagi tetapi pihak pemaju telah menawarkan pakej jualan yang istimewa. Pihak pemaju perumahan memberi jaminan rumah tersebut akan siap dalam masa dua tahun. Salim berminat dengan rumah tersebut lalu terus membelinya. Kini lima tahun telah berlalu, projek perumahan itu telah terbengkalai kerana pemaju telah bankrupt. Salim terpaksa membayar ansuran bulanan hutang kepada bank walaupun rumah yang diidamkan masih tidak wujud.

 Kisah – 2

 Abu dan Salmah telah berkahwin selama 4 tahun. Mereka dikurniakan dengan dua orang cahaya mata. Anak yang sulung telah berumur 3 tahun dan yang kedua masih 8 bulan. Mereka berasa agak susah hendak ke sana kemari kerana hanya memiliki motosikal. Satu hari Salmah mencadangkan kepada Abu untuk membeli kereta. Abu lalu terus pergi ke Perodua Show room untuk melihat-lihat kereta. Dia berkenan dengan model Kelisa lalu terus membelinya. Selang sebulan keretanya kena curi. Dah enam bulan berlalu keretanya masih tidak ditemui, tetapi dia masih membayar ansuran bulanan dengan pihak bank kerana pampasan yang pihak insurans bagi tidak mencukupi untuk melangsaikan bayaran baki hutang dengan pihak bank.

 Kisah – 3

Munirah akhirnya terpikat dengan pujukan rakan satu ofisnya Hafsah untuk melabur dalam satu skim pelaburan di internet. Dia akhirnya mengeluarkan sehingga RM10,000 untuk pelaburan tersebut. Dua tahun telah berlalu duit pelaburannya lesap tak nampak bayang.

 Kisah – 4

 Rashid dan Zakiah telah mempunyai tiga orang anak. Mereka bercadang untuk mengambil pembantu rumah Indonesia. Mereka pergi ke agensi pembantu rumah dan terus memilih seorang pembantu rumah yang terdapat dalam senarai biodata. Selang dua bulan pembantu rumah pun sampai dan berkhidmat kepada mereka seperti yang dijangkakan. Tiga bulan berlalu tiba-tiba pada satu hari didapati pembantunya telah lari dari rumah. Kisah yang dipaparkan di atas adalah kisah benar di mana penulis sendiri bertanya kepada mereka adakah mereka telah melakukan Solat Istikharah sebelum memilih atau membuat keputusan. Mereka kata langsung tak terfikir hendak melakukannya.

 Kisah – 5

Iskandar berumur 40 tahun telah berkahwin dan mempunyai enam orang anak. Suatu hari dia mendapat telefon dari kawan baiknya Jaafar. Jaafar hendak memberikan satu hadiah istimewa kerana jasa Iskandar yang telah menyelesaikan masalah keluarganya Jaafar hendak menawarkan kepadanya perbelanjaan pakej menunaikan haji untuk suami isteri ditanggung sepenuhnya iaitu RM15,000 setiap orang. Hati Iskandar gembira bukan kepalang kerana sudah lama dia mengidam untuk menunaikan haji. Lagipun duit simpanan dalam tabung hajinya baru RM3000. Iskandar tidak terus menerima hadiah tersebut sebaliknya dia memberi tempoh tiga hari untuk membuat keputusan. Iskandar melakukan Solat Istikharah tiga malam berturut-turut. Pada hari keempat dia berjumpa Jaafar mengatakan dia sangat berat untuk menerima hadiah tersebut. Dia mengatakan ingin pergi menunaikan haji dengan duit pendapatan sendiri. Jaafar agak kecewa, dipujuknya namun Iskandar tidak terima juga. Selang dua bulan selepas itu baru Iskandar mendapat tahu duit yang hendak diberikan kepadanya itu adalah dari duit riba iaitu interest bank konvensional akaun simpanan tetap Jaafar. Jaafar telah tersalah sangka. Disangkanya bahawa duit riba boleh dihadiahkan kepada orang lain tetapi tidak boleh digunakan sendiri.

Rabu, 21 Ogos 2013

Gagal Lagi

Assalamualaikum...hari ni aku dapat tau rancangan aku nak gi ke Pahang jumaat ini terpaksa dibatalkan kerana beberapa masalah. sangat lah kecewa apabila apa yang kita rancang x jadi. rasa macam nak memberontak tapi bila fikir secara positif mungkin betul juga sebab aku pun masih belum sedia lagi. penantian aku untuk mendapatkan kerja juga masih membelenggui kepala aku. dah macam2 aku buat, isi borang, pos borang, pos on9 gi face to face pon masih lagi rezeki belum menyebelahi aku.huhu. kawan2 aku ramai dah yang berjaya dan hanya fikirkan untuk berkeluarga saja. tapi aku banyak benda lagi aku ketinggalan. aku tetap percaya bahawa rezeki aku masih ada hanya lambat atau cepat saja.

My pic edit

Just show my done

Ahad, 26 Februari 2012

DUNIA BARU KU


Selamat Pagi to all..hari ini aku rasa lebih bersemangat untuk menjalani kehidupan seharian.. sebab sekarang aku dah ada misi tersendiri dalam hidup aku.. soal teman istimewa, girlfriend aku nk letak jauh2 dari hidup aku buat sementara.. yang paling penting dalam hidup aku sekarang adalah untuk menyempurnakan diri. Sempurna dalam hidup aku bererti mempunyai pekerjaan yang tetap, mempunyai kenderaan sendiri sebab sekarang motor pon takde,.kna buat lesen kereta lagi..dh tua2 cmni baru nak buat lesen..huhu...aku sebenarnya telah gagal merancang masa depan aku..sebab selama 3 tahun aku belajar kt UUM tidak menampakkan yang aku memperoleh ilmu yang banyak sebab terlalu malas dan mahu enjoy je...duit pinjaman aku habis entah kt mana...takde pon yang berfaedah aku dapat buat dengan duit pinjaman tu..sebab tu aku menyesal sekarang. tp selepas ini, aku tanamkan azam dalam diri untuk tebus balik kegagalan dulu...hope, semangat ni tak macam 'hangat-hangat taik ayam'..hehehe.InsyaAllah....

Sabtu, 25 Februari 2012

PENGENALAN DIRIKU

Assalamualaikum,, ni blog aku yang pertama aku buat dan aku tak berapa pandai sangat pasal blog ni.. tp aku harap dapat lbh maklumat dari blog ni..ops lupa nak kenalkan diri,, nama aku mohd alifazroy mohamad..smpai skg aku pon xtau nk org pggl aku ape sb kbnyakan org pggil aku lain2..ada panggil ali, roy,azroy, alif...lau org tnya aku nk kna pggil ape,,msti aku kna fikir yang mana sesuai...tp aku x kisah org nk pggl nma apa..umur aku 24 tahun..muda ag kot...skg menetap kt johor, mncari rezeki yang halal dan belajar berdikari...aku harap pengikutt aku nanti enjoy dengan blog aku ni.